Want your
own Fotopage?







 
abdullah's FotoPage

By: abdullah hamzah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 6-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
LAGI GAMBAR RUMAH TERBAKAR

 
 
 
View all 36 photos...
gambar banyak sangat dan kadang2 nak sama.. apa2 pun tengok lah.. pilih gambar mana yang paling menyentuh hati.. ni ambil kesempatan upload gambar kat LCCT sementara tunggu kapal ke Tawau 3.35pm

Care to comment?


Wednesday, 4-Jun-2008 02:40 Email | Share | | Bookmark
RUMAH KAMI SEKERLUARGA TERBAKAR

 
 
 
View all 66 photos...
3 Jun adalah hari bersejarah bagi kami sekeluarga.. Allah telah menguji kami sekeluarga dengan menarik nikmat harta dan tempat tinggal kami di hadapan mata. Allah mahu kami melihat bagaimana harta kami yang dikumpul selama ini hancur menjadi debu dalam sekelip mata. Allah mahu kami sekeluarga sentiasa menghargai nikmat Allah dengan menjadi hamba yang labih bersyukur... Allah hanya menguji hambanya yang mampu menanggung ujiannya.. dan itulah hakikatnya.. yang dapat diselamatkan hanyalah sebuah Laptop, tv dan motorsikal.. itupun kerana keberanian Ayah dan Khadijah yang menggadai nyawa masuk kedalam rumah.. tatapilah gambar2 ini.. buat kenangan..

salam,
ana turut rasa simpati atas apa yang berlaku.bersabar je lah . mungkin ada hikmah disebaliknya. allah suka menurunkan ujian kepada hambanya yang Dia sayang. Moga anta dan keluarga anta di golongkan antara orang2 yg sabar.
Fri 13-Jun-2008 04:10
Posted by:musafir sufi abuwildan75@yahoo.com.my  - [Link]
terima kasih banyak2 abe lah sebab upload gambar2 nih..
sedih tol...
tapi kta smua kna sabar la kan...Allah nak bagi kta pahala lebih...
kk..sampai sini dulu..
untuk tngok lbih huraian lawat http://fattah87.fotopages.com
wassalam..
Sat 14-Jun-2008 02:09
Posted by:fattah
Add comment


Friday, 14-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
BERCUTI DI DRAGON INN SEMPORNA

di hadapan floating
depan floating
pemandangan dari bilik
View all 8 photos...

Hari ni 14 mac, hari jadi ambo kira dah masuk 32 tahun dah.. tua dah nih.. budak-budak ni dok tuntut nak gi jalan sempena hari jadi baba dia... jadi kami pun pergilah ke Semporna menginap di Dragon Inn.. atau nama lain yang glamour..FLOATING..


kami pergi hari khamis.. kira bukan hari minggu dapatlah bilik yang ok sket..kalau standard RM66, tapi koman sangat.. tak ngadap laut..kami ambil bilik yang ada pemandangan cantik sikit.. RM88.. dia tengok anak ramai.. kena tambah rm20.. kena tambah tilam.. hotel ni je begini.. kalau tempat lain.. boleh runding.. kami dah siap dah tilam sendiri dalam kereta.. hotel lain tak pe je..biarlah..janji budak2 suka..


Cantik kan pemandangan dari bilik ni pemandangan ni saja bernilai RM22.. nak tengok pemandangan cantik tak payah keluar bilik.. kalau bilik lain kena keluar..


Ziad dok naik kapal.. tak ggerak pun tak apa..


Aufa dok posing


Alya khusyuk naik kereta..


empat beradik dok depan hotel

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
♥♥♥ cari buku kanak-kanak???? ♥♥♥
http://bookabook.fotopages.com
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Have u ever book a flight?
Have u ever book a cinema?
Have u ever book-a-book before?
Well, now u can.. with http://bookabook.fotopages.com
Where u can sit back, relax and shop at your own pace in the comfort of your own house..
Thu 24-Apr-2008 04:28
Posted by:Mass masliza@ibzatech.com  - [Link]
telah melalui fotopages ini..

http://www.dmartoza.com
D’Martoza photo –Wedding photographer
(Gaya Tersendiri Digital)
Wed 30-Apr-2008 04:02
Posted by:martoza  - [Link]
Salam Lah.. balik cuti bln 6 nih? Sat 3-May-2008 00:48
Posted by:IbnRajab ibnrajab@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 8-Mar-2008 09:52 Email | Share | | Bookmark
HARI MENGUNDI PILIHANRAYA KE 12

tugasnya mempertahankan kelantan
bendera
petugas pas
View all 6 photos...
Alhamdulillah.. tahun ini kali pertama kawe ada kesempatan untuk mengundi. Dengan semangat berkobar-kobar walaupun jauh beribu batu terpaksa naik 2 kapal terbang.. kawe balik kampung untuk mempertahankan kerajaan kelantan. ini antara beberapa gambar yang sempat kawe ambil untuk tatapan..


ni kereta kebal kat kawasan bukit panau.. kat pasir tumboh comel lagi.. tapi hari tu tak bawa kamera..


Ni dia suasa di kampung-kampung sebelum mengundi.. boleh dikatakan setiap kampung pemandangan begini.. yang uniknya ialah.. kebanyakannya guna belanja sendiri.


Antara orang kuat yang berjuang mempertahankan negeri Kelantan.. tanpa mereka. hmm tak taulah.. kalah puteri UMNO...


Unit amal juga main peranan membantu melancarkan proses undi.. pakcik ini pengundi saluran 1 peti undi panggong. Pas kalah hanya 10 undi sahaja bagi saluran 1 dan memenangi semua saluran lain.. tak apa di PRU13 golongan saluran 1 akan berkurangan.


Ini lah antara perayu undi dari NISA PAS cawangan Panggong.. cewah.. berapa undi dah dapat hari ni?


Lagi perayu undi... siap pakai talipon lagi..

>>>>> http://nharyatiz.blogspot.com JUALAN TUDUNG ARAB TENGAH ADA SALE. MARI SINGGAH! Sat 15-Mar-2008 12:02
Posted by:TUDUNG ARAB
comelnya...perayu2 undi...
meme...sebab diorang ni la kelate mene....
tima kasih kepada NISA CAW PANGGONG....
jasamu dikenang....
berjihad kerana Allah...Takbir!!!!...Allah Hu Akbar
kkk...bye
Sat 5-Apr-2008 05:40
Posted by:pak de
Add comment


Thursday, 6-Mar-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
HARI JADI MUHAMMAD YANG KE?

Kek coklat
muhammad
potong kek
Hari ini kawe sampai kb jam 9 pagi di Airport KB. Malam tadi tidur di LCCT selepas sampai dari Tawau jam 11.30mlm. Terus ke Bandar Kb cari cd2 kempen pilihanraya balik rumah qadak tidur sehingga jam 3 ptg. petang pegi Tanah Merah ambil Khadijah di Maahad Tahfiz, balik singgah di Pasir Puteh ambil Ummi yang berkempen di Pasir Puteh. Singgah beli Kek untuk Hari Jadi Muhammad. Kebetulan kat Pasir Puteh ada kedai Kek melayu, besar juga banyak pilihan.. baru buka.. sapa kata kelantan tak maju..


Cuba teka berapa harga kek coklat ni.. sedap.. hanya sempat simpan sikit untuk faezah yang akan sampai pagi esok.


Sengeh dia..


potong kek.

wah2x....

mad dah cukp 10 taung ya...
semoga membesar dengan matang
Sat 5-Apr-2008 05:18
Posted by:pak de
Add comment


Monday, 3-Dec-2007 02:07 Email | Share | | Bookmark
WALIMAH FAIZAH 20 NOVEMBER 2007

 
 

abe loh..mano lg gambar jah?
hehe
sedar x sedar makin ramai doh cucu tok ayoh nikoh nih..
Sat 8-Dec-2007 13:48
Posted by:lutfan
fattah nak tengok lagi gambar jah....kalu sibuk tak ape lah.... 2 nih pun dah berbaloi...
kkkk...bye...
wassalam...
Wed 12-Dec-2007 15:00
Posted by:fattah
Add comment


Friday, 19-Oct-2007 09:20 Email | Share | | Bookmark
7 SYAWAL..

raya ke 7
uwais sebulan

hari ini 7 Syawal tak banyak rancangan.. dah letih beraya.. kat Sandakan 3 hari.. kelmarin di Bandar Tawau sehari suntuk.. tapi tertinggal kamera kat rumah.. tak bo0lehlah nak kongsi kemeriahan raya kat Sandakan dan Tawau.. Kat Sandakan kami menginap di Hotel Tyng Garden.. INgat nak tumpang rumah kawan2 tapi memikirkan anak ramai dan keletihan beraya lebih baik kami lepak kat hotel boleh berehat dan mandi manda.. ziad kata "Selesalah lah kat hotel"


Uwais sekarang dah sihat..umur 39 hari beratnya dah 4.5kg montel asyik nak minum susu je kerjanya.. insya Allah akhir november nanti bolehlah nak bermain dengan Uwais

Semoga bahagia disamping keluarga yang tersayang.
Moga kelahiran Jundu yang kelima dapat menambahkan lagi semangat di dalam perjuangan ini
Salam dengan Muaz..
Wed 7-Nov-2007 13:27
Posted by:Nur Kamal Bin Moong topengpalsu2@yahoo.com.my  - [Link]
baru first time masuk photopages Lah ,Yan dan anak2. firsttime tengok muka anak sedara baru . Alhamdulillah ,napok sihat belako. kami kat sini Alhamdulillah . Lo ni ,Kak Laili gi belajar menjahit ,jadi abe Ji keno jadi baby sitter . bawa mari opis. sambil2 tu buleh wat kijo sikit. Sat 10-Nov-2007 05:26
Posted by:abe Ji azizi@digiera.com.my
hehe..mak aih..ramainye adik beradik muaz lo nih..xigt blako doh ngah namo sumo2..hehe! adik pompuan muaz yg no 4 tu pun kalu jumpa ngah xtau anok abe loh.besar doh..adei Sat 8-Dec-2007 13:50
Posted by:lutfan
View all 8 comments Add comment


Friday, 19-Oct-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
EID MUBARAK.. KULLU AAM WA ANTUM BIKHAIRR



Ni kali kedua kami berhari Raya di seberang laut.. kali di Tawau... Hanya 4 keluarga sahaja yang tiggal kat quaters Institut Perguruan Tawau. Sedih, tapi ahli keluarga semunya sihat wal afiaat.. alhamdulillah.



Empat beradik..Muaz, Ziad, Aufa, Alya.. Si Uwais.. tidur.. tak nak bergambar

Assalamualikum buat abe lah,kak long dan anak2 sedara yang dikasihi sekelian...

Salam adidilfiri juga dihulurkan...maaf zahir dan batin...
diharap segala kesilapan silam antara kita semua dah sama2 muflis...

rasa macam nak menitis air mata bila melihat gambar anak2 sedara yang sedang membesar dengan sihat dan mapan
terutamanya adik Alia... dah nampak macam kakak dah...cantik pulak tuh dah macam puteri-puteri,terutama pada rambutnya...

pak de kat mansourah ini...ok sahaja...
rupa-rupanya raya kat mesir nih seronok jugak...
banyak rumah2 terbuka...tak larat nak kunjung semua...tu pun,dah keluar pagi balik malam...perut nih usah cerita lah...penuh!!! ...ni lah tanda ukhuwah yang terbina kukuh dan utuh antara pelajar2 malaysia kat sini.

sampai sini dulu abe lah dan keluarga....
tahniah banyak2 sebab fp Abe lah semakin menarik sekarang...terutamanya bila gambar2 dapat dibesarkan...nampak betul2 real
InsyaAllah lepas nih,abe lah wat masuk gambar yang telah diubah grafiknya pulak...lagi lah menarik...

ok sampai sini dulu...
sampaikan salam untuk semua... ...Assalamualaikum...

dari :Pak de...mansourah town...7.30pm, jumaat
Fri 19-Oct-2007 17:30
Posted by:pak de fattah87@yahoo.com
Add comment


Friday, 19-Oct-2007 06:20 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1428

Pagi Raya
4 beradik
alya
View all 7 photos...

salam alaik... rasa rindu tengok gambar2 family ustaz... comel2 belaka ... moga semuanya sihat walafiat. kim salam kt ustazah... n anak2... Fri 9-Nov-2007 03:50
Posted by:mahira alma_akhafullah87@yahoo.com
Ustaz kirim salam dengan ustazah dan anak-anak..terutamanya dengan uwais.. Thu 15-Nov-2007 01:53
Posted by:SITI KHADIJAH
Add comment


Saturday, 15-Sep-2007 04:51 Email | Share | | Bookmark
UWAIS.. AHLI BARU KELUARGA KAMI

2 jam selepas lahir
comelnya
sudah pandai melihat sana sini
View all 4 photos...
Assalamualaikum warahmatullah..
Uwais selamat dilahirkan pada jam 12.35pm 11 Sept 2007. Kelahirannya lewat 6 hari dari tarikh yang jangkakan. Kelewatan itu menyebabkan dia telah berak dan kencing dalam perut. Ketika lahir badannya kuning kerana berendam dalam air najis. Gembiranya kami terima orang baru.. tapi selepas 20 jam kesan bergelumang najis timbul. Uwais tiba2 sesak nafas. Apabila diperiksa, paru2nya tidak berfungsi sempenuhnya, mata terkena jangkitan, suhu badan naik. Selepas 7 jam diberi bantuan pernafasan namun tiada perubahan. Jam 5.30pm 12 Sept Uwais dimasukkan ke ICU dan ditidurkan sepenuhnya (bius) dan mesin mengambil alih pernafasan dan jantung sehingga badannya bersedia untuk berdikari. Sehingga hari ini 15 sept jam 12pm masih lagi tidak berubah. fasa rawatan 3 hari rawatan ICU di sambung lagi... Allah nak uji kami sekeluarga di Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan kesabaran. Doakan semoga Uwais selamat..

assalamualaikum abe lah dan sekeluarga....
fattah kat sini selalu doakan agar uwais selamat sejahtera....
mudah2han uwais akan kembali normal tak berapa lama lagi....
berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....
kami mengerti.....
tetapi Allah telah menjanjikan...Sesungguhnya Allah bersama dengan orang2 yang sabar...
ini adalah kalam dari Allah sendiri...
Insyaallah...abe lah dan kak long akan dapat melalui ujian ini dengan selamat..
wasaslam.
dari mansourah.
jumaat...7 pagi.
Fri 21-Sep-2007 05:23
Posted by:pak de fatah87@yahoo.com
moga uwais cepat sembuh ya...
-------------------------------------------
http://sabahmaniklabuci.fotopages.com --> Perkhidmatan Sulaman Manik & Labuci dari Sabah bah..
Fri 21-Sep-2007 07:30
Posted by:serina serinaxiaojie@yahoo.com  - [Link]
Abe lah,nanti besarkan gambar tau.ni cara dia...bila dah siap upload mcm biasa ni...
letakkan mouse di atas gambar tu.ambik no gambar tuh kat properties.Salin no tu.Then tulis benda ni dalam kotak utk kita tulis cerita tu...
[img]http://2.srv.fotopages.com/2/no gambar yg abe lah salin tadi.Jpg[/img]

lepas nih buleh lah pakde tengok gambar2 anak sedara lebih jelas lagi....
Sat 29-Sep-2007 06:19
Posted by:pak de fattah87@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.